30.12.08

Koyakan kertas.

Kertas yang dikoyak,

Bunyi.

Akal yang terkoyak,

Sepi.



4.53pm
30 Disember 2008

*Writer's block sentiasa terjadi ke atas manusia, bukan sahaja dari kalangan penulis. Kerana setiap manusia dikurnia otak untuk berfikir, adakalanya otak akan berehat berfikir. lalu memberi ruang kepada 'benda' satu lagi untuk menerpa ke seluruhnya benak. 'Benda' ini perlu dihalau secepat mungkin, agar otak kembali berfikir seperti sediakala...

29.12.08

Kata yang ditelan ke dalam.

Adalakalanya,

Atau pada satu ketika,

Kata2 harus disimpan di dalam hati,

Disemat pada sanubari.


Agar ia tidak menyakiti,

Akan hati para insani...



6.18am
29 Disember 2008

1 Muharram 1430H

Salam tahun baru dari Anak Bumi.

10.12.08

Perihal hijrah.

Hijrah menjadi wajib,

Sekiranya zalim disangka tertib,

Diam itu haram,

Apabila amalan tidak tenteram.




11.51pm
10 Disember 2008
* Sempena menyambut Idul adha.

Pesan untuk sahabat,

Wahai sahabat,

Janganlah toleh ke belakang,

Memandang arah bayang,

Tolehlah ke arah depan sana,

Bukankah jelas terangnya cahaya?



11.44pm
10 Disember 2008

2.12.08

Tangan yang tertadah...

Tadahan tapak tangan,

Adakala bukan bermakna mahu meminta,

Jauh sekali mendamba.

Malahan, kemungkinan, dan sudah pasti,

Ingin memberi,

Ingin berkongsi...



11.37am
2 Disember 2008