Telah dikata periwira dahulukala,
Keris dan peluru bukanlah tentangannya,
Asap dan wasap habuk sentiasa,
Menjulur ke dalam lohong rongganya,
Kelompok bohemia bersatu-padu,
Menurut hawa, nafsu beribu,
Lancar berkata tohmah segala,
Isim menderu hentaman padu,
Pakar dituduh putar,
Nafi disangka kasi,
Alam semakin dalam,
Hati berhati-hati.
6.50pm
14 Muharram 1431H / 31 Disember 2009.
*Selamat menyambut Tahun Masihi 2010!
31.12.09
26.12.09
Mana hilangnya dewi sastra?
Aduhai, robeknya hati,
Tertunduk sayu, bergetar pilu,
Jiwa direnggut bayu nan asing,
Kota khatullistiwa dilanggar petaka,
Nusantara dihunjam garuda,
Dewi Sastra diculik entah ke mana,
Jeritan kami tak bersuara,
Insan-insan kecil cuma,
Telapak kami hanya sejengkal,
Berbanding cakar kukumu,
Tajam taringmu,
Seram dengus nafasmu,
Pekik ngaumanmu yang jauhnya dari masyrik ke maghrib,
Terperuklah kami ke dinding gua,
Menyelimut diri dengan gebar busuk segala,
Sabar menunggu sang suria kelmarin,
Yang berjanji akan timbul esoknya,
Andai ia tiada,
Akan apakah kami,
Akan apakah kami nanti.
11.38pm
9 Muharram 1431H
*Tulislah dalam bahasa ucapanmu, bahasa yang kamu bualkan dengan tetanggamu, bukan bahasa asing yang entah dari mana, kerana ia akan menjerut lehermu, menggenggam akalmu, lalu engkau akan menjadi bisu selama-lamanya...
Tertunduk sayu, bergetar pilu,
Jiwa direnggut bayu nan asing,
Kota khatullistiwa dilanggar petaka,
Nusantara dihunjam garuda,
Dewi Sastra diculik entah ke mana,
Jeritan kami tak bersuara,
Insan-insan kecil cuma,
Telapak kami hanya sejengkal,
Berbanding cakar kukumu,
Tajam taringmu,
Seram dengus nafasmu,
Pekik ngaumanmu yang jauhnya dari masyrik ke maghrib,
Terperuklah kami ke dinding gua,
Menyelimut diri dengan gebar busuk segala,
Sabar menunggu sang suria kelmarin,
Yang berjanji akan timbul esoknya,
Andai ia tiada,
Akan apakah kami,
Akan apakah kami nanti.
11.38pm
9 Muharram 1431H
*Tulislah dalam bahasa ucapanmu, bahasa yang kamu bualkan dengan tetanggamu, bukan bahasa asing yang entah dari mana, kerana ia akan menjerut lehermu, menggenggam akalmu, lalu engkau akan menjadi bisu selama-lamanya...
| Reactions: |
25.12.09
Bakar buku-buku lakar
Sang pendita mengaku pendita,
Sang raja mengaku raja,
Alim ulama mengaku tahu,
Kamu pula siapa?
Setiap hari,
Mata hari,
Suria hati, cahaya seri,
Membakar, terbakar, dibakar,
Hangus dimakan gigit api,
Koyak menjadi abu sepi.
Entah kenapa, bagaimana apa,
Jalinan ulat kapas, kulit kayu,
Anyam bentuk selembar helai ilmu,
Di selak-selak,
Elak-mengelak daripada peluru meluru aksaranya seribu,
Si zalim lantas memakai celana, mengacu busurnya,
Membakar segala,
Hapus semua benda,
Air lah lawan api,
Pemuda jujur bangun mencurah,
Segala rasa tahu dalam dadanya,
Setiap kanak-kanak melangut nganga,
Mengecap sekelumit indah.
Kebakaran itu hanya marak di dalam sukma,
Beribu manusia yang dahaga tersiksa.
7.20pm
8 Muharram 1431H
Sang raja mengaku raja,
Alim ulama mengaku tahu,
Kamu pula siapa?
Setiap hari,
Mata hari,
Suria hati, cahaya seri,
Membakar, terbakar, dibakar,
Hangus dimakan gigit api,
Koyak menjadi abu sepi.
Entah kenapa, bagaimana apa,
Jalinan ulat kapas, kulit kayu,
Anyam bentuk selembar helai ilmu,
Di selak-selak,
Elak-mengelak daripada peluru meluru aksaranya seribu,
Si zalim lantas memakai celana, mengacu busurnya,
Membakar segala,
Hapus semua benda,
Air lah lawan api,
Pemuda jujur bangun mencurah,
Segala rasa tahu dalam dadanya,
Setiap kanak-kanak melangut nganga,
Mengecap sekelumit indah.
Kebakaran itu hanya marak di dalam sukma,
Beribu manusia yang dahaga tersiksa.
7.20pm
8 Muharram 1431H
| Reactions: |
24.12.09
Menjadi sufi (selembutnya kapas)
Mereka bertengkar-tengkar,
Tentang siapa manusia paling baik di mukabumi,
Mereka bertegang urat,
Berkenaan siapa paling takwa dan merendah diri,
Mereka bersikeras,
Mengaku kamilah yang paling benar dan hakiki,
Mereka mengumpat-umpat,
Semua yang lain akan ke neraka abadi,
Di pohon ini, di bawah teduh payungnya,
Yang menghalang dari sebarang panas bara,
Aku perhatikan lagak mereka,
Dari jauh ke bawah jurang sana,
Oh Tuhan,
Kau tancapkan rasa rindu pada dada mereka,
Kau sebarkan Keadilan-Mu pada setiap tatap mata manusia,
Akan mereka tahu,
Mana kaca,
Yang mana pula permata.
12.30pm
6 Muharram 1431H
Tentang siapa manusia paling baik di mukabumi,
Mereka bertegang urat,
Berkenaan siapa paling takwa dan merendah diri,
Mereka bersikeras,
Mengaku kamilah yang paling benar dan hakiki,
Mereka mengumpat-umpat,
Semua yang lain akan ke neraka abadi,
Di pohon ini, di bawah teduh payungnya,
Yang menghalang dari sebarang panas bara,
Aku perhatikan lagak mereka,
Dari jauh ke bawah jurang sana,
Oh Tuhan,
Kau tancapkan rasa rindu pada dada mereka,
Kau sebarkan Keadilan-Mu pada setiap tatap mata manusia,
Akan mereka tahu,
Mana kaca,
Yang mana pula permata.
12.30pm
6 Muharram 1431H
| Reactions: |
Sebelum aku menjadi kamu
Aku tunjuk telunjuk pada kepulan awan
di atas sana lembut gemawan
aku bentangkan permaidani baldu merah
kubina tangga pusar yang menuju tinggi
ku terpaku pada pesona pandangan
bersama sekumpulan merpati yang terbang
aku turut melayang ke angkasa
sebelum aku menjadi kamu
hulurkan tanganmu itu
moga kita dapat bersama
berpeleseran di ufuk langit
berjalan dalam kelam malam
yang dihiasi gugusan bintang
mengerdip dan bercahaya
berdenyut dan memberi khabar
tentang ada dan tiada
cerita purba insan manusia
dari lidah ke telinga
dari awal hingga akhir
lantas kita kan sedar
dari mimpi yang panjang
rupa-rupanya
kita bukan sekadar berdua.
5.03pm
5 Muharram 1431H
di atas sana lembut gemawan
aku bentangkan permaidani baldu merah
kubina tangga pusar yang menuju tinggi
ku terpaku pada pesona pandangan
bersama sekumpulan merpati yang terbang
aku turut melayang ke angkasa
sebelum aku menjadi kamu
hulurkan tanganmu itu
moga kita dapat bersama
berpeleseran di ufuk langit
berjalan dalam kelam malam
yang dihiasi gugusan bintang
mengerdip dan bercahaya
berdenyut dan memberi khabar
tentang ada dan tiada
cerita purba insan manusia
dari lidah ke telinga
dari awal hingga akhir
lantas kita kan sedar
dari mimpi yang panjang
rupa-rupanya
kita bukan sekadar berdua.
5.03pm
5 Muharram 1431H
| Reactions: |
21.12.09
Utus
Lempar lembar selebar khabar,
Pastikan semuanya sebuah di tangan,
Berkongsi-kongsi, berkasih-kasihan,
Memaut jalin benang kedamaian,
Apakah akal kamu kosong,
tatkala gelas penuh melimpah?
4 Muharram 1431H
6.53pm
Pastikan semuanya sebuah di tangan,
Berkongsi-kongsi, berkasih-kasihan,
Memaut jalin benang kedamaian,
Apakah akal kamu kosong,
tatkala gelas penuh melimpah?
4 Muharram 1431H
6.53pm
| Reactions: |
17.12.09
Demi waktu, kamu bukan sedu-sedan itu
Si kecil memutar roda waktu,
Ibu meratap sayu,
Menoleh pada hari sesal semalam,
Tatkala suria melimbah cahaya nan suram,
Babel yang runtuh tenggelam,
Bahtera Noh hanyut di tujuh lautan,
Sesalan pemuda dibahamnya Nun,
Jangan begitu kamu,
Pecahkanlah cerminan si Lilith itu,
Bunuhlah ular-ular liar,
Agar kau dapat terbungkam syahdu,
Damai berteleku bertasbih seribu,
Hulurkan kaki kecilmu,
Ke dalam pusarnya Rumi,
Menari bingung dari hati,
Jangan tangisi akan kefanaan,
bak Sita rindu akan kedatangan Ramanya,
Kerna Rawana akan musnah jua,
Larilah dari kepapaan sebenar,
Sarungkan jubah Siddharta kedua,
Tunduklah pada nan Satu,
Bukan dua,
Juga bukanlah tiga,
Jika kau keseorangan,
Sepi dan sendiri lemah berdiri,
Pakailah baju Talut,
Tikamlah si celaka Jalut dengan tentera hijaumu,
Siapkan perkakas besi dan kuda-kuda perang,
Mara ke medan tempur lagak Saladin menghayun pedang,
Ragutlah kota kedamaian,
Hati nan bisu tenteram,
Di situlah puncak diam,
Wahai hati yang seribu gundah,
Jika sang pengukir batu mendirikan nafsu serakah,
Kau robohlah dengan ucapkata,
Bak Ibrahim pria panrita,
Memusnah Namrud raja yang gila,
Menuntun akal pada jalannya,
Aduhai Ratu Adil,
Ibu pertiwi mengandung bumi,
Izinkan pemuda itu bangun dari lenanya,
Beratus tahun di gua,
Berikan dia Hawa, tenangkan jiwa,
Manna dan salwa,
Pengubat duka,
Tatkala kamu berdua di istana firdaus,
Hujung perjalanan yang lesu letih itu,
Ucaplah dari kalbumu,
Mengalir suci ke hujung lidahmu,
'Kita bukan hanya berdua, Dia santun di singgahsana,'
1 Muharram 1431H
10.30pm
Ibu meratap sayu,
Menoleh pada hari sesal semalam,
Tatkala suria melimbah cahaya nan suram,
Babel yang runtuh tenggelam,
Bahtera Noh hanyut di tujuh lautan,
Sesalan pemuda dibahamnya Nun,
Jangan begitu kamu,
Pecahkanlah cerminan si Lilith itu,
Bunuhlah ular-ular liar,
Agar kau dapat terbungkam syahdu,
Damai berteleku bertasbih seribu,
Hulurkan kaki kecilmu,
Ke dalam pusarnya Rumi,
Menari bingung dari hati,
Jangan tangisi akan kefanaan,
bak Sita rindu akan kedatangan Ramanya,
Kerna Rawana akan musnah jua,
Larilah dari kepapaan sebenar,
Sarungkan jubah Siddharta kedua,
Tunduklah pada nan Satu,
Bukan dua,
Juga bukanlah tiga,
Jika kau keseorangan,
Sepi dan sendiri lemah berdiri,
Pakailah baju Talut,
Tikamlah si celaka Jalut dengan tentera hijaumu,
Siapkan perkakas besi dan kuda-kuda perang,
Mara ke medan tempur lagak Saladin menghayun pedang,
Ragutlah kota kedamaian,
Hati nan bisu tenteram,
Di situlah puncak diam,
Wahai hati yang seribu gundah,
Jika sang pengukir batu mendirikan nafsu serakah,
Kau robohlah dengan ucapkata,
Bak Ibrahim pria panrita,
Memusnah Namrud raja yang gila,
Menuntun akal pada jalannya,
Aduhai Ratu Adil,
Ibu pertiwi mengandung bumi,
Izinkan pemuda itu bangun dari lenanya,
Beratus tahun di gua,
Berikan dia Hawa, tenangkan jiwa,
Manna dan salwa,
Pengubat duka,
Tatkala kamu berdua di istana firdaus,
Hujung perjalanan yang lesu letih itu,
Ucaplah dari kalbumu,
Mengalir suci ke hujung lidahmu,
'Kita bukan hanya berdua, Dia santun di singgahsana,'
1 Muharram 1431H
10.30pm
| Reactions: |
11.12.09
Sakit
Andai apa-apa rasa,
Baik sedih duka,
atau hilai ketawa,
Tangis dan pilu mencuri masa,
Itulah dia, itulah ketika,
Doamu sedang didengari-Nya,
Di kala senja kamu terbaring,
Hadapkan wajahmu ke cahaya Barat,
Di situ Dia Maha Melihat,
Sewaktu kamu mendongak ke atas,
Meraup muka pada nan Satu,
Ingatlah Dia yang Mengasihimu,
Yang menjagamu pada Hari Alastu,
Tatkala kamu menunduk ke tanah,
Berasa pasrah bertambah berserah,
Yakinlah dalam jiwamu,
Bahawa Dia tetap kekal di situ,
Hanya kamu sedang menuju,
Pada Hari semua kita kan bertemu...
6.47pm
23 Zulhijjah 1430h
*Ditujukan khas kepada insan-insan yang sedang terlantar kesakitan, andai kamu tidak mampu membacanya, biarlah kerabat kamu membaca bagi pihakku untukmu...
Baik sedih duka,
atau hilai ketawa,
Tangis dan pilu mencuri masa,
Itulah dia, itulah ketika,
Doamu sedang didengari-Nya,
Di kala senja kamu terbaring,
Hadapkan wajahmu ke cahaya Barat,
Di situ Dia Maha Melihat,
Sewaktu kamu mendongak ke atas,
Meraup muka pada nan Satu,
Ingatlah Dia yang Mengasihimu,
Yang menjagamu pada Hari Alastu,
Tatkala kamu menunduk ke tanah,
Berasa pasrah bertambah berserah,
Yakinlah dalam jiwamu,
Bahawa Dia tetap kekal di situ,
Hanya kamu sedang menuju,
Pada Hari semua kita kan bertemu...
6.47pm
23 Zulhijjah 1430h
*Ditujukan khas kepada insan-insan yang sedang terlantar kesakitan, andai kamu tidak mampu membacanya, biarlah kerabat kamu membaca bagi pihakku untukmu...
| Reactions: |
8.12.09
kita di sini bukan mencipta, tapi memperihal benda.
apinya masih membara, nyala berpecah seribu hala,
Seribu, dua belas, berlaksa jumlahnya,
tombak telah dilontar, perisai diangkat dijulang,
menyusur laju diriba angin,
lotus layu, karat keruhlah tasiknya,
bukan begitu, bukan begitu,
tatkala tulisan dilorek di kayu, si buta hanya melangut sayu,
lembut awan ditembus hujan,
si tua menadah, merafak sembah,
pohon menghijau,
laut biru,
angin jernih,
bayang hitam kelabu.
Dikatakanlah, bahawa kamu itu hanya pembawa bekal,
untuk dikirim kepada dia, seberangnya sana.
22 ZUlhijjah 1430H
10.57pm
Seribu, dua belas, berlaksa jumlahnya,
tombak telah dilontar, perisai diangkat dijulang,
menyusur laju diriba angin,
lotus layu, karat keruhlah tasiknya,
bukan begitu, bukan begitu,
tatkala tulisan dilorek di kayu, si buta hanya melangut sayu,
lembut awan ditembus hujan,
si tua menadah, merafak sembah,
pohon menghijau,
laut biru,
angin jernih,
bayang hitam kelabu.
Dikatakanlah, bahawa kamu itu hanya pembawa bekal,
untuk dikirim kepada dia, seberangnya sana.
22 ZUlhijjah 1430H
10.57pm
| Reactions: |
6.12.09
Kudis visualis
kikis secebis biar habis,
sadisnya dia kalis menepis,
kudis virus visualis,
titis alis matanya nipis,
tiris warisnya keris penghabis,
hiris-menghiris segala pembaris,
figuris okultis osiris mendesis,
gigih menggaris ke hujung oasis.
6.49pm
19 Zulhijah 1430h
sadisnya dia kalis menepis,
kudis virus visualis,
titis alis matanya nipis,
tiris warisnya keris penghabis,
hiris-menghiris segala pembaris,
figuris okultis osiris mendesis,
gigih menggaris ke hujung oasis.
6.49pm
19 Zulhijah 1430h
| Reactions: |
2.12.09
Cantikata ertikata jujurasa
Setiap lurus pembaris,
Ada lekuknya empat di sisi,
Setiap ratanya kubah,
Ada bucu lapan, datar terpapar enam jumlahnya.
Setiap diri kamu, ada satu lagi asyik perhati.
Indah pesona kata dikata,
Cantik peri budi diraut,
Jelik ditolak mengada-ngada,
Keji diludah jauh melaut,
Itulah rahsia alam, itu dia kitab maklum.
Dalam hening subuh, dalam sedih senja,
Kamu akan terpaku pada semesta.
15 Zulhijjah 1430h
3.11pm
Ada lekuknya empat di sisi,
Setiap ratanya kubah,
Ada bucu lapan, datar terpapar enam jumlahnya.
Setiap diri kamu, ada satu lagi asyik perhati.
Indah pesona kata dikata,
Cantik peri budi diraut,
Jelik ditolak mengada-ngada,
Keji diludah jauh melaut,
Itulah rahsia alam, itu dia kitab maklum.
Dalam hening subuh, dalam sedih senja,
Kamu akan terpaku pada semesta.
15 Zulhijjah 1430h
3.11pm
| Reactions: |
3 dalam 1
Qul qul qul,
Hu hu hu,
Satu satu satu.
Tidak ada tiada ada,
Bilang ganjil genap menerpa.
Dengan nama-nama,
Banyak manusia leka alpa,
Melulu menderu lalu dahulu,
Akal cerdik akhlak jelik.
Dengan nisbi tunggal,
Apa yang mahu tersedia kekal.
Petik, ambil dan kunyah,
Patik hanya mampu berserah.
15 Zulhijah 1430h
1.04am
*ilham datang lepas makan megi tomyam.
Hu hu hu,
Satu satu satu.
Tidak ada tiada ada,
Bilang ganjil genap menerpa.
Dengan nama-nama,
Banyak manusia leka alpa,
Melulu menderu lalu dahulu,
Akal cerdik akhlak jelik.
Dengan nisbi tunggal,
Apa yang mahu tersedia kekal.
Petik, ambil dan kunyah,
Patik hanya mampu berserah.
15 Zulhijah 1430h
1.04am
*ilham datang lepas makan megi tomyam.
| Reactions: |
Langgan:
Catatan (Atom)