Selamat pagi kepada kesedaran
selamat pagi kepada kematangan
dan kebolehan pertukangan
selamat semuanya, moga
selamat pagi kepada kemalasan
terhadap arahan dan suruhan
pekerja dan majikan
hamba dan tuan
kuli dan bos
selamat pagi semua
sebelum senja berlabuh nanti
kamu katakan kepada dirimu
'selamat malam kepada diriku'
kerana setiap mata yang terbuka
akan turut tertutup.
0 soaljawab:
Catat Ulasan