Salam sejahtera Awang,
di sini notaku khas buatmu
yang mungkin menggusarkanmu
atau melegakan jiwa dalammu
ayuh kita berbicara tentang hakikat
tetapi kita berdua akan terus diam
kerana tidaklah kita bertemunya
melain setelah mati menjelma
ayuh kita bertanya sang guru
apakah ertinya asal dan mausul?
sebab dan asbab hidup
yang aku dan kau sedang jalani
kita temui noktah dan ayat
kitab dan alam menyelubung kita
yang masih tertidur lena tatkala pagi terjaga
betapa,
kita masih berbicara hal-hal yang remeh
dan paradoks absurd yang seringkali mencuit hujung janggutmu
dan helai rambutku
ayuh kita bermenung tentang alam
tenteramlah dalam zikir yang panjang
dalam dan luar solatmu
kau akan tersentak pada biasan
juga sekilas pandang tentang asal kejadian
dan halatujumu
atau aku saja yang merasakannya
atau kita berdua
mungkin semua manusia merasakannya
cuma takut untuk berbicara
apatah lagi meluahkan
dari mulut tuk berkata-kata
sahabatku awang,
perjalanan hidup memang aneh
dan unik janggal
apabila kau memerhatikannya
dari perdu jiwamu
percayalah sahabat,
kita berdua akan menatap
akan perkara yang telah ditetap
oleh-Nya
tertulis dalam kitab
'Demi masa...'
akhirul kalam,
berbahagialah awang
sekiranya bahagia yang kau tuju
turut sama menuntunku
ke alam sana.
6.35pm
3.3.11
2 soaljawab:
Salam Puisi. Semuga Mesej Ini Sampai Kepada Awang. Kemudian Menunggu Jawapan Darinya. Selepas Itu Memilih.
Muhasabah diri...
Catat Ulasan