Berkata Aristotle
pada zaman di mana undang-undang telah tersusun
alam tercipta oleh Penggerak Utama
itulah Dia
turut dihurai
persoalan jiwa abadi
dan badani
yang terhapus apabila terhenti nafas
oleh Pencabut Nyawa
itulah Dia
'aku tidak ingin dibunuh seumpama Socrates, guruku'
ujarnya semasa dalam pelarian
lalu Aristotle menemu yang Tercinta
damainya di sana
932 tahun kemudian
lahir seorang manusia di padang Arabia
dia menyusun kembali hukum
dan bercerita perihal jiwa abadi
di tengah kelompok puak gasar
'Tiada Tuhan selain Dia,
Muhammad adalah pesuruh-Nya'
lantas dia diperangi dan dicerca
tetapi bezanya
dia tidak melarikan diri daripada massa
malah dia mendekati manusia
seeloknya
lalu dia menemui Tuhannya
dan berbahagia dengan janji-Nya
1432 tahun kemudian
Aristotle masih dianuti segolong manusia
di menara yang bertimbunan kitab
dan lelaki itu tetap kekal
sebagai Yang Terpuji dalam kalangan manusia
Siapakah Tuhan kedua-dua mereka?
Manusia bercakaran untuk menjawabnya
manakala Kitab di sisi Tuhan
(telah/sedang/akan) dibuka.
12.30pm
28 rabiulawal 1432h
0 soaljawab:
Catat Ulasan