selak dan jumpa
apa yang kau temu dan tanpa sedar ia berlalu
pergi meninggalkanmu seorang diri
terpaku termangu hairan seribu
segala tusuk benak tikam enak
meratah isi otak
melapah daging, memberontak
kau berjalan lagi
kau temu lagi
dan lagi ia berputar pusing
mendatar berdesing
sewaktu kau menoleh
ia cepat menerkam kamu
waktu kau mendongak
ia tersenyum, menjengkelkanmu
dan kau menunduk
pandangmu tertumpu
pada debu-debu
bergegas unggas ke cahaya itu
ingin bertemu Raja nan Satu
dinukil Attar semasa dahulu
ia akan berulang lagi
beribu juta tahun lagi
kata dan frasa
ayat dan firasat
melantun mengembang
pada tepian tasik fikir
pada waktu itu
kau bertanya,
'Akukah yang dahulu?'
4.35pm
6 mei 2011
0 soaljawab:
Catat Ulasan