Hidup pasti bertemu mati
siang pasti memeluk malam
jalan pasti tiba ke hujungnya
begitulah hukum duniawi
yang tergerak oleh kuasa Ilahi
kesusahan pasti disapa girang
kesenangan pasti dirangkul jerih
muda tetap menuju tua
si tua tetap membongkok ke tanah
begitulah kitaran
sedari masa diciptakan
kenapa kau bersedih tatkala senja?
kerana ia hanya menurut perintah Tuhan
di mana kau ketika itu?
di sini atau di situ?
7.20pm
24 jun 2011
2 soaljawab:
Di rembang asar
Sambil menunggu senja
Mughrib belum tiba
Kita duduk duduk di sini
Membentang sejadah
Mengira butir-butir dosa dan
bait-bait pahala
yang kusut
Kita rungkaikan satu persatu
Dosa pergilah kau ke sana
Pahala kita junjung
Kita kutip biar penuh
Bekalan untuk pulang di kala senja.
kias yang bermakna mamawana..
Catat Ulasan