15.6.11

Tuhan dan Hantu

Tuhan wujud
Hantu tak wujud

kerana wujudnya Tuhan
makhluk tak wujud
hantu adalah makhluk ciptaan
oleh manusia yang ketakutan

berdebat para rahib
Tuhan begini dan begitu
berupa dan dapat dirasa
agamawan fukaha pula
menafikan bentuk
tiada tugu mahupun warna
sufi wahdatul-wujud
menukil rasa, yang sebenarnya dicipta Tuhan jua

pernah kau mendengar perihal Tuhan dari sang pengemis,
atau orang gelandangan yang kau jijik
atau pelacur yang kau herdik
atau atheis yang sering menjerit

jika tak pernah
maka kau belum puas menghirup cangkir kehidupan
piring daya-daya taakulan
yang memangnya
dikurnia oleh Tuhan
bukannya Hantu.


11.50am
7 Jun 2011

2 soaljawab:

Si Fakap berkata...

*senyum* Terima kasih untuk peringatan, boss.

Anak Bumi berkata...

:)

*selamat membaca ADD.