aku akan menulisnya; dari alif hingga ya
dari benci ke cinta
seperti perjalanan sang kelana
mencari guru yang tahu segala
tidakkah perjalanan itu meletihkan?
tatkala aku mengiring badan
melepaskan kepenatan
dalam kembara yang lama
pernah pada suatu petang
di tebing jurang
kuperhatikan dedaun kering
melayang terbang
sambil membisik kisah seribu tahun dahulu
tentang raja dan permaisuri
tentang raksasa dan babad negeri
hingga ke hujung tasik atau lautan
akan aku membina sampan
untuk mendayung lagi
membawa hati ini pergi
sambil menulis ceritanya
yang nanti dibaca anak-anak muda
bahawa setiap kisah itu
akan punya penamatnya.
15 sept 2011
10:13am
0 soaljawab:
Catat Ulasan