15.9.11

Coret carut indah

ini sajak makian dalam keindahan;



dia tak cantik

itu tak indah

ini tak menarik

begitu tak senang

julur-menjulur lidah

kering air liurnya

memaki hamun segala yang tak syahdu

mengutuk semua insan di depannya

di kiri

di kanan

di atas

di bawah

di belakang

tatkala dia menoleh

dia ternampak kesalahan

kenaifan keterlanjuran dek umpanan keindahan

keinsafan akan merenung kekhilafan

dia tersentak sedar

terbeliak pancar

bahawa;

dari titik dahulu ke bulat kini, ke noktah masa depan

adalah bukti wujudnya Sang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

itu tak pernah syak lagi

tak pernah lagi.

0 soaljawab: