15.9.11

Diri dan huruf 'd'

Jangan begitu sahabat

jangan menjadi diri tanpa huruf 'd'

kelak ia menjadi iri

kerana 'd' itu adalah awalan

bagi 'duduk' dan bagi 'dzikir'

bagai 'deras' air mengalir

bagai 'dongak' ke alam akhir



'd' adalah 'daun'

yang gugur juga lambat laun

'd' adalah 'dengar'

akan suara Maha Mendengar

'd' adalah 'diam'

kepada hal yang tak tenteram

'd' adalah 'diri'

yang berada di sini juga di sana

tidak bertempat tiada masa

duduk dan dzikir senantiasa

kepada Tuhan Maha Kuasa



ayuh berdirilah

sendiri menyendiri

mandiri diri pada Ilahi





13 September 2011

12:00pm

0 soaljawab: