kutiup jelaga sastra amarah
kuramas arang bahang dicurang
kuhembus tembus wasap berkabus
kutambah kayu berakar bakaran
nah,
unggun menghangus seluruh belantara
percikan menghancur dedaun hijau
jilatan menghangit tanah lembah
kobaran menghalau marga yang risau
tiada air jirusan
sedang menanti kurnia Ilahi
tiada angin sapaan
sedang menanti kurnia Ilahi
tiada akal fikiran
'masih menanti kurniaan Ilahi?'
2 ogos 2011
0 soaljawab:
Catat Ulasan